Neelofa Pilih Aina Abdul Juara AJL37, Bagai Terapung di Atas Awan, Aina Abdul Pukau Penonton Dengan Persembahan Serba Putih

SETIAP tahun kemunculan penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sentiasa dinanti-nantikan peminat.

Bukan sahaja menanti kemantapan vokalnya ketika mengadakan persembahan tetapi ramai ingin melihat fesyen yang digayakan Aina yang sinonim dengan fesyen pelik.

Menerusi edisi AJL yang ke-37, Aina tampil dengan busana serba putih yang dipenuhi dengan ropol di bahagian belakang pakaiannya yang menggambarkan dirinya seperti awan rekaan Melindai Looi.

Malah set persembahannya juga menggunakan rona sama dengan latar pentas dipenuhi dengan awan yang sedondon dengan pakaiannya.

Menyampaikan lagu Terus Hidup, kemunculan Aina di pentas berprestij itu mendapat sorakan penonton di Arena Axiata, Bukit Jalil meskipun namanya belum diumumkan untuk mengadakan persembahan.

Malah ketika siaran langsung itu berhenti untuk iklan, penonton tidak putus-putus menjerit nama Aina yang sudah bersedia di atas pentas.

Seperti jangkaan, kemantapan vokal Aina ketika menyanyikan lagu ciptaannya sendiri itu juga cukup memukau dan mendapat tepukan gemuruh penonton sejurus selepas selesai menyanyikan lagu tersebut.

Tidak hairan sejak awal lagi ramai meramal Aina sekali lagi bakal menggondol Anugerah Vokal Terbaik.

Fesyen Aina di AJL sebelum ini menjadi perhatian apabila dia berani tampil seolah-olah berdarah di pentas AJL34 ketika menyampaikan lagu Sumpah.

Tahun lalu dia tampil dengan fesyen berbunga ketika menyampaikan lagu Nafas Cinta.

Sementara itu dia juga menggungguli Anugerah Vokal Terbaik AJL36 menerusi lagu Sepi.

Menerusi Twitter miliknya, Neelofa menunjukkan sokongan terhadap Alif Satar yang mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah dan Aina Abdul menerusi Terus Hidup.

Meskipun tidak menyebut siapa bakal bergelar juara, namun Neelofa menjangkakan Alif dan Aina bakal mengungguli gelaran juara AJL37.

Aina Abdul merupakan antara penyanyi yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi pertaruhan single terbaharunya, Sumpah.

Bakat kelahiran program realiti Mentor Legend ini terlebih dahulu meraih pelbagai pencapaian termasuk menjuarai salah sebuah kategori di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Los Angeles.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nurul Aina binti Abdul Ghani. Dikenali dengan nama pentasnya, Aina Abdul.

2. Berusia 26 tahun (2019).

3. Berasal dari Negeri Sembilan.

4. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti UCSI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan realiti nyanyian, Mentor Legend 2014 yang mengangkatnya sebagai naib juara di bawah bimbingan mentor, Ella.

6. Memulakan langkah dalam bidang seni suara menerusi single sulung berjudul Ini Yang Kau Mahu yang diterbitkan pada September 2015. Lain-lain single dipopularkannya seperti Sumpah, Ghost, Reminiscing, Ribut Hati dan Shadow.

7. Selain bergelar penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop, beliau juga bergiat aktif sebagai pelakon, komposer dan penulis lirik.

8. Pernah membintangi drama rantaian Seindah Takdir Cinta yang bersiaran di slot Akasia TV3 pada 2016.

9. Merangkul kemenangan di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 di Los Angeles menerusi kategori Vocalist of The World.

10. Lain-lain pencapaian beliau termasuk pernah menjuarai Golden Voice Of MBPJ 2012, tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, bergelar finalis Irama 1 Malaysia RTM 2010, Metro Idol 2010 dan Bintang Remaja RTM.

Fakta Menarik

Bekas pelajar jurusan muzik daripada sebuah kolej swasta.

Namanya antara yang berjaya membolosi Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 (2019) meskipun tidak membawa pulang trofi kemenangan.

Sumpah, single nyanyian dan ciptaannya yang mengangkat isu tekanan dan kemurungan, merupakan antara lagu yang melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.

Sehingga kini beliau mempunyai lebih 50 buah lagu dalam simpanan dan bersedia untuk berkongsi dengan mana-mana penyanyi yang berminat mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.

Kariernya mendapat sokongan penuh daripada kelab peminat yang dinamakan sebagai ‘Aination’

Laman Instagramnya, @ainaabdul diikuti lebih 112,000 peminat.

KREDIT: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *