Netizen Jumpa Video Lama, Bukan Biasa2 Rupanya Bekas Tunang Zarina Anjoulie Ni

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai hubungan pelakon Zarina Anjoulie dikatakan sudah terlerai dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai perkara itu, namun kedua-duanya dilihat saling meluahkan perasaan di media sosial mengenai apa yang berlaku.

Malah, sebelum ini Zarina meminta agar bekas tunangnya itu untuk menjadi ‘gentleman’ serta menghubunginya untuk mahu menyelesaikan masalah mereka.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju turut mendedahkan bahawa ego adalah punca hubungan mereka berakhir.

Dalam pada itu, turut menjadi bualan ramai apabila ada netizen mengatakan seperti ada yang tidak kena dengan bekas tunang Anju itu serta mempunyai banyak ‘red flag’ dan didakwa pernah berkahwin sebanyak 5 kali.

Tidak kurang juga, ada netizen turut menemui video lama majlis pertunangan dan perkahwinan Khazrul yang dimuat naik di YouTube serta video percutian di Iceland bersama seorang wanita.

Kepada bekas isteri, setelah gugur talak 3 ke atas kamu kerana nusyuz dan derhaka…

Terdahulu  Datuk Elzey memuat naik satu status di TikTok Story yang berbunyi pesanan khas buat bekas isterinya. Dalam perkongsian tersebut, difahamkan bakal gugur talak 3 ke atas wanita tersebut kerana terlibat dengan dakwaan nusyuz serta derhaka kepada suami.

“Gugurlah Title Sebagai Datin Sri” -BF Anju Sound Ex Wife, Bakal Gugur Talak 3

Just move on dan kembali bertaubat kepada Allah

Setelah talak itu sah, maka gugurlah juga title Datin Sri yang kini sedang disandang oleh bekas isterinya tersebut. Dalam pada itu, ahli perniagaan berkenaan juga turut berpesan supaya ‘mantan pasangannya’ itu tidak cuba-cuba menganggu Anju dan minta untuk move on serta berubah perbaiki diri sendiri.

‘Kalau Anju Marah, Anakanda Keluar Sekejap Rumah Jangan Lawan’ – Zarina Anjoulie Cucu Kerabat Diraja?

Terdahulu Di TikTok, viral beberapa rakaman video di mana pelakon, Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasihnya, Datuk Sri Khazrul Elzey berjumpa dengan keluarga sebelah bapanya. Lebih mencuri perhatian, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.

Keluarga sebelah bapa

Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.

Menerusi video tersebut juga, nenda kepada Anju turut memberi nasihat kepada Elzey agar banyak bersabar apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.

Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik.

Pada masa yang sama, Elzey turut berterima kasih kepada keluarga Anju kerana menerima baik kedatangannya.

Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah.

Sumber: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *