Juara Famili Duo musim kedua iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah memberitahu wang kemenangan sebanyak RM100,000 yang diraih menerusi program tersebut akan diberikan kepada ibu masing-masing sebagai tanda kasih dan sayang. Ujar Zaki, insan bergelar ibu itu sentiasa memberi dorongan dan keyakinan buat diri mereka sepanjang bertanding dalam program tersebut.
Tanpa ibu, Zaki berkata dia tidak mampu meraih kejayaan semalam.
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen berkata sikap Zaki dan Yamani yang sentiasa mendahului ibu dalam apa jua keadaan ternyata saling tak tumpah seperti bapa mereka iaitu Datuk Jamal Abdillah. Menerusi sesi temu bual bersama DJ Nazz, Raja Pop Malaysia itu berkata dia mendapat tentangan daripada bapanya, Haji Mohd Ali ketika ingin menyertai pertandingan bintang RTM suatu masa dahulu. Meskipun mendapat tentangan yang hebat, Jamal memberitahu dia berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih gelaran juara.
Ujar Jamal, kegigihan dan kesungguhan yang ditonjolkan pada masa itu berjaya membuatkan pintu hati bapanya terbuka. “Masa itu dia dah nampak banyak kali saya dah menang, dan dia bagi sokonganlah! Dia tak sangka saya sampai ke peringkat akhir, dengan usaha saya ni, dengan duit yang dia bagi, dia tak tahu masa tu saya wakil negeri Perak dan pergi ke peringkat utara.
Kemudian saya masuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan sampai final. Masa final tu dia datang menyaksikan persembahan saya. Dialah yang menjerit dulu saat keputusan diumumkan. Suara dia menjerit dalam auditorium tu, suara dia yang saya dengar. Maknanya dia boleh terimalah.” Tambah Jamal, bapanya turut hadir semasa dia membuat persembahan di pentas final, sekaligus menyandang gelaran juara dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Jamal Pernah Belanja Kesemua Wang Kemenangan kepada Arwah Emak
Bila disoal mengenai wang kemenangan pada masa tersebut, Jamal mengaku dia membelanjakan kesemua wang tersebut kepada arwah emaknya. “Rasanya sekarang ni dalam nilai RM50 ribu lah. Saya bawa balik trofi ke Teluk Intan. Duit itu saya lambak dekat arwah mak saya. Saya lambak depan dia. Dia macam tak percayalah, bagi duit tu semua.” Jelas Jamal, pada saat itu dia tidak berkira sangat mengenai wang kemenangan tersebut, yang penting dia sudah capai apa yang diimpikan.
Baba datang ‘support’
Kehadiran bapa mereka yang menyaksikan pasangan adik beradik itu merentap bagi merebut hadiah kemenangan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 menjadi pemangkin buat mereka untuk juara.
Apa yang menjadi perhatian ramai sudah tentu ibu masing-masing yang turut hadir memberikan sokongan saban minggu buat dua penyanyi ini.
Dalam satu perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @eijasignature, pasangan adik beradik tersebut telah meraikan kemenangan di kedai mamak bersama ibu-ibu mereka.
Menang RM100K, Sambut dekat mamak je
Dapat dilihat mereka begitu gembira dengan memotong kek dan bertepuk tangan menandakan betapa gembiranya apabila usaha keras selama ini berhasil.
Lebih membahagiakan adalah hubungan kekeluargaan kembali erat seperti mereka diwaktu kecil dahulu selepas lama terpisah memandangkan mereka tidak tinggal bersama.
Semoga mereka terus bahagiakan ibu masing2
Untuk info, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad.
Dalam pada itu, bertemakan Anugerah Juara Lagu (AJL), segmen pertama Famili Duo semalam menyaksikan dua beradik ini menyampaikan lagu medley Potret yang dipopularkan Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (kumpulan S.O.G