Kuala Lumpur : “Satu mesej dan panggilan telefon tidak akan menyelesaikan kemelut ini. Kalau mahu perbetulkan keadaan, jadi lelaki sebenar dan datang ke rumah minta maaf kepada ibu bapa saya,” kata pelakon, Zarina Anjoulie yang ditujukan buat bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey selain memintanya berhenti menggunakan dirinya sebagai ‘content’ (kandungan) di media sosial.
Zarina atau mesra disapa Anju berkenaan, siaran langsung di media sosial yang dilakukan ini adalah kali terakhir dia bercerita dan mengulas mengenai bekas tunangnya kerana membabitkan banyak pihak.
“Saya mengenangkan emak ayah awak sudah tua, jadi saya memilih tidak mahu membuka aib dengan bercerita apa yang sebenarnya berlaku. Saya juga tidak mahu kembali dengan sikap lama dulu. Malah, mungkin ramai yang boleh menjangka apa yang saya boleh lakukan kepada dia.
“Tolong berhenti menggunakan saya sebagai ‘content’ dan jangan sebut nama saya lagi. Ini juga kali terakhir saya menyebut nama awak dan jika ada yang bertanya mungkin saya akan katakan tidak mengenali awak.

“Saya tidak akan memaafkan awak dengan mudah selepas apa yang awak lakukan. Jadilah lelaki sejati dan berdepan dengan ibu bapa saya. Sekarang awak sudah memalukan ibu bapa saya dengan memperlakukan saya sebegini,” katanya.
Anju berkata, bekas tunangnya itu seharusnya bersikap lebih matang memandangkan sudah berusia 45 tahun dan dikenali dalam bidang korporat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendekatan yang diambil Anju. Malah, ramai melihat Anju lebih matang selepas melalui pelbagai dugaan dan cabaran.
“Awak sudah berusia 45 tahun dan sudah menunaikan Haji, jadi seharusnya cara pemikiran lebih matang. Bagaimana saya yang lebih muda mengendalikan situasi ini dengan lebih baik?
“Malah, ‘content’ yang dimuat naik juga memberi tempias kepada beberapa bekas isteri awak daripada perkahwinan terdahulu. Apabila tidak berfikir panjang, habis semua dikorek oleh netizen.
“Orang yang tidak bersalah juga terkena tempias. Tolonglah berfikir panjang sebelum membuat sebarang tindakan,” katanya.
Terdahulu, Khazrul menulis luahan bahawa dia bukanlah orang yang baik seperti diimpikan Anju dan berharap akan terus bersahabat.
Dalam hantaran yang turut disertakan dengan gambar-gambar kenangan ketika bersama, Khazrul turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya kepada Anju.
‘Orang Yang Tepat Akan Datang…’ – Azhar Sulaiman Beri Kata Semangat Pada Anju
Pelakon, Zarina Anjoulie menjadi bualan di media sosial apabila dipercayai hubungan bersama kekasihnya, Datuk Seri Khazrul Elzey telah berakhir.
To my darling Anju…
Isu yang terjadi ke atas Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju turut menerima perhatin daripada rakan artis.
Menerusi hantaran pelakon senior di Instagram (IG), Azhar Sulaiman memberi kata-kata semangat kepada Anju.
Abang Har percaya setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah disebaliknya. Aband Har juga percaya ‘Mr. Right’ pasti akan muncul.
Tambah Azhar, dia hanya ingin Anju untuk bertenang dan fikirkan semula segala yang terjadi ke atasnya. Dalam pada itu, Azhar menyatakan akan sentiasa ada untuk Anju dan menghiburkannya.
kredit: hmetro