SELEPAS bercerai dengan Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty tidak menolak sekiranya dia kembali bertemu jodoh dengan lelaki sesuai kelak.
Ellie, 53, turut memohon doa agar dia dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidupnya.
“Belum lagi (berkahwin). Insya Allah doakan,” katanya ringkas.
Ellie berkongsi mengenai perkara tersebut apabila ditanya tentang jodoh dalam sebuah video yang dimuat naik oleh personaliti dakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar di laman TikTok miliknya.
Menerusi video tersebut Asmawi yang bertemu dengan Ellie pada majlis perkahwinan anak kepada pengarah dan pelakon Along Kamaluddin sempat berkongsi petikan doa yang boleh dijadikan amalan untuk segera bertemu jodoh.
Kata Asmawi, potongan ayat daripada surah Yasin, ayat ke-36 adalah salah satu doa cara untuk mendapat jodoh insan yang baik, dengan izin Allah.
Maksud ayat ke-36 itu: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
Jelas Asmawi, ayat tersebut boleh diamalkan setiap hari dengan membacanya sebanyak 33 kali.
Dalam pada itu, Asmawi turut memohon doa agar jodoh dia dan isteri, dramatis Datin Farisha Irwayu akan terus kekal bahagia.
Asmawi kongsi amalan bertemu jodoh pasangan terbaik.

Ellie dan Azri bercerai selepas 19 tahun berkahwin.
“Terima kasih kongsikan doa itu,” jawab Ellie dalam video berkenaan.
Tak cukup duit punca Azri Iskandar tangguh kahwin?
Pelakon Azri Iskandar mengaku duit yang dikumpul untuk majlis perkahwinannya bersama Dr Azra Diera yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember ini masih belum mencukupi.
Azri atau nama sebenarnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 54, memberitahu dia berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan dia dan Azra sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya majlis perkahwinan mereka dapat diadakan secepat mungkin.
“Memang kami rancang cuti sekolah iaitu pada Disember ini. Tapi doakan saya dan Ara dapat banyak rezeki atau tawaran berlakon sebab kami janji mahu buat secepat yang boleh. Sebab duit belum cukup.
“Saya tengah rancang bila sampai sahaja cuti sekolah duit saya sudah cukup. Tapi, saya dan Azra mungkin tak jadi kahwin pada tahun ini memandangkan saya sedang sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun,” katanya ketika temu bual bersama Melodi.
Sementara itu, Azri menegaskan dia tetap akan berpegang pada janji di mana dia cuma akan mendedahkan wajah Azra pada masa yang tepat.
“Kalau betul dia jodoh saya , memang saya sayang dia dan alhamdulillah setakat ini dia pun sayang saya lagi. Apapun, doakan kami.
“Pasal janji itu, doakan jadi terlebih dahulu dan bila majlis pun selesai pasti gambar pun akan ada. Ambil banyak-banyak dan cantumkan jadi besar,” jelasnya.
Ditanya mengenai kecaman yang diterima sejak mengakui hubungannya dengan Dr Azra dalam fasa yang serius, Azri bagaimanapun menegaskan dia bukanlah lelaki gatal seperti yang dimaksudkan warganet.
“Itulah dari mana punca gelaran itu pun tak tahu. Siapa yang mangsa tu? Dia kalau lelaki gatal atau buaya darat ni mesti ada mangsa kan?
“Macam ada satu kes yang mengatakan abang ajak kahwin, kalau tidak mesti abang sudah kahwin ramai tapi kalau betul, tak abeluma da tarikan lah tak laku langsung. Jadi janganlah nak tuduh bukan-bukan,” katanya.
Terdahulu, Azri mengesahkan dia dan Dr Azra sudahpun mengikat tali pertunangan pada 29 Jun lalu bertempat di Kangar, Perlis.
Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan hasil perkahwinan itu pasanga
kredit: hmetro