Terkejut Dapat Syamsul Yusof Mencelah Dalam Petisyen, Ini Reaksi Berani Puteri Sarah

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa isteri kedua kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sedang hamil.

Memetik Kosmo, pelakon Puteri Sarah berkata dia enggan memikirkan mengenai khabar angin tersebut serta tidak peduli tentang perkara itu.

“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah. Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata perkara itu sampai ke pengetahuannya sebelum dia dan anak-anak mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Sarah berkata dia hanya mengharapkan kes sebutan perceraiannya pada 7 Mac depan ini berjalan dengan baik.

“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut. Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam.

“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik. Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” katanya.

PUTERI Sarah akan ditemani kedua-dua ibu dan bapa mentuanya ke mahkamah pada 7 Mac depan untuk sebutan kes cerainya bersama Syamsul Yusof.

Takkan patah balik, saya tak takut – Puteri Sarah

“Saya tak takut.”

Itu penegasan Puteri Sarah Liyana terhadap tindakan suaminya, Syamsul Yusof untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antaranya dengan Ira Kazar atau Faghira Fatini.

Meskipun terkejut, pelakon yang juga isteri pertama pengarah itu mengakui tidak gentar, selain akan tetap berusaha mendapatkan keadilan.

“Saya memang tak jangka perkara ini dan tak tahu langsung sampai peguam maklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu dua hari lalu ketika saya ‘shooting’ di Cameron Highlands, Pahang.

“Tapi saya tak takut, lawan tetap lawan. Saya takkan berundur dan saya pun dah beritahu kepada ibu bapa mentua yang turut memberikan sokongan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi hari raya dan pertunjukan fesyen Cosry di ibu negara, semalam.

Tambah Sarah, mentuanya, Datuk Yusof Haslam serta Datin Fatimah Ismail tidak ketinggalan menunjukkan sokongan moral apabila akan menemaninya ke mahkamah pada 7 Mac depan bagi sebutan kes cerainya bersama Syamsul.

“Ibu bapa mentua pun suruh lawan kerana kata mereka negara kita ada undang-undang, malah mereka juga mahu menemani saya pergi ke mahkamah nanti.

“Mereka nasihatkan jangan risau. Macam mak mentua saya cakap dia (Syamsul) dah berkiblatkan pihak sana, jadi kami patut jangka perkara seperti ini akan terjadi,” katanya.

Pada masa sama, kongsi Sarah lagi, situasi yang berlaku membabitkan dirinya dengan Syamsul juga tidak akan mengubah hubungannya dengan kedua-dua insan dihormati itu.

“Mereka macam mak ayah saya sendiri. Ini pun saya dan anak-anak tinggal sementara di rumah mentua sejak kami balik dari mengerjakan umrah,” ulas aktres berusia 38 tahun itu.

Mengenai khabar kehamilan madunya pula, bintang Sabarlah Duhai Hati itu enggan ambil peduli tentang sebarang perkembangan wanita tersebut yang dirasakan tiada kaitan dengan dirinya.

“Saya tak kisah dia berbadan dua atau tiga sekali pun sebab saya tak ambil tahu. Saya balik dari umrah pun nak tenang-tenang saja,” katanya lagi.

Biarpun menyatakan suaminya itu ada bercakap dengan anak-anak ketika mereka berada di Mekah dan Madinah, kongsi Sarah, komunikasi antara mereka berdua pula berlaku hanya menerusi peguam.

Katanya, Syamsul memang ada meminta untuk berbincang, tetapi dia menolak memandangkan mereka kini sudah berada pada fasa perundangan yang tidak perlu lagi sesi perbincangan.

“Memang tiada pujukan pun sebab saya dah beritahu kalau nak cakap apa-apa kena melalui peguam saya sahaja. Saya dah tak mahu berbincang lagi,” ulas ibu dua anak itu.

Terdahulu, permohonan mencelah difailkan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu melalui peguam Azahir Nasir dari Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff pada 21 Februari lalu.

Dalam afidavit sokongan, pemilik nama lengkap Mohd. Shamsul Md. Yusof, 39, itu mendakwa dinasihatkan peguam supaya mencelah dan dijadikan defendan dalam kes tuntutan dikemukakan Sarah kepada Ira Kazar.

Menurutnya, tuntutan Sarah ke atas Ira mempunyai kaitan dengan dirinya dan jika dibenarkan akan memberi kesan kepada perkahwinan dan hubungannya dengan keluarga isteri keduanya itu.

Sebelum itu, media melaporkan Ira bersama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Perkara tersebut susulan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

SUMBER KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *