“Terkejut Dia Pakai Macam Tu, Saya Malu…” Lepas Kena Warning, Bekas Tunang Zarina Anjoulie Mula Bersuara

Hubungan di antara Zarina Anjoulie dan pasangannya, Datuk Seri Khazrul Elzey terhenti di tengah jalan selepas pasangan itu dikatakan telah putus tunang. Walaupun tidak berkongsikan tentang punca perpisahan itu, kedua-duanya ada meluahkan perasaan di akaun media sosial masing-masing.

Terdahulu, Anju meminta bekas tunangnya untuk berhenti menggunakan dia sebagai bahan konten di media sosial. Malah dia turut berharap lelaki itu dapat bersikap matang dan menyelesaikan isu di antara mereka dengan lebih baik tanpa melibatkan medium Tik Tok.

Khazrul walau bagaimanapun seakan tidak kisah dengan amaran dari Anju dan dilihat sempat membalas komen dari netizen di media sosial. Menurutnya, dia mengakui berasa malu apabila pelakon wanita itu berpakaian seksi dan memuat naik gambar tersebut di Instagram.

“Susah la hati saya masih terkejut dia pakai s3ksi macam tu, saya malu. Kenapa anju macam tu tolong lah jaga aurat.”


Tambah lelaki itu, dia berasa malu dan terkejut dengan tindakan pelakon wanita itu selain berharap dia dapat menjaga auratnya sebagai seorang wanita. Dalam masa yang sama, Khazrul berkata dia sedia maklum tentang amaran yang diberikan oleh Anju yang memintanya berhenti menjadikan dia bahan konten di media sosial.

“Ya tapi dia warning saya. Saya tak suka orang warning-warning saya. Dia cakap saya buat konten guna gambar dia? Dah gambar saya dengan dia nak buat macam mana?”


Terdahulu, Zarina Anjoulie dilihat memadamkan gambar-gambar lelaki itu dari Instagram sekaligus menimbulkan spekulasi tentang status hubungan mereka. Difahamkan, hubungan tersebut telah pun putus tidak sampai sebulan mereka mengikat tali pertunangan.

Saya mohon maaf kerana belum sempurna – Anju

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memohon maaf kepada semua pihak atas apa yang berlaku selepas masih berdiam diri tentang kisahnya putus tunang dengan Datuk Seri Khazrul Elzey.

Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35, mengakui dirinya tidak cukup sempurna dan masih berusaha untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik.

“Saya minta maaf pada semua pihak. Saya minta maaf kerana tidak cukup sempurna. Saya masih berusaha untuk berubah perlahan-lahan,” ujarnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

Zarina yang mesra disapa Anju berharap suatu hari nanti ada seseorang yang boleh menerima dirinya dengan ikhlas dan meminta diberikan ketenangan untuk kembali ‘sembuh’ daripada ‘luka’ yang dialaminya.

“Harap satu hari nanti ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas. Beri saya ‘kesembuhan’ dengan tenang ya. Saya sayang semua,” katanya.

Kelmarin, Zarina membuatkan peminatnya tertanya-tanya selepas dia bertindak memadam semua gambar tunangnya dalam Instagram miliknya.

Malah, pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu turut berkongsi kapsyen memberitahu hatinya kini sedang remuk.

Bagaimanapun semalam, Khazrul menerusi perkongsiannya dalam TikTok memberi bayangan seolah-olah mengesahkan ikatan antara mereka sudah terlerai.

Walaupun impian untuk memperisterikan Zarina tidak kesampaian, Khazrul berharap dapat terus menjalinkan persahabatan dengannya.

KREDIT: MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *