KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan Shuib minta teman wanitanya, Watie agar lebih berhati-hati sebelum membuat perkongsian di akaun media sosial.
Menurut Shuib, ini adalah kerana Watie sering menjadi sasaran netizen untuk meluahkan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara.
Bahkan, artis popular itu juga tidak ketinggalan berasa sedih membaca komen negatif yang ditinggalkan netizen di akaun media sosial Watie.
“Tapi lama-kelamaan, terdapat juga netizen yang selesa apa jua yang dia (Watie) lakukan. Saya pun tak boleh nak marah apa mereka nak komen di laman sosial Watie, itu hak mereka.
“Watie ini orang bisnes, dia buat bisnes untuk keluarga, jadi ada benda baik dan buruk akan berlaku dalam satu masa,” kata Shuib pada sidang media program baharu, Ubi Superstar Live di ibu negara.
“Jangan berlebihan di media sosial” – Ini Pesanan Shuib Pada Watie
Tambah Shuib, dia juga turut memberi nasihat kepada Watie agar tidak berlebih-lebihan untuk berkongsikan perihal diri di media sosial.

Shuib minta teman wanitanya, Watie agar lebih berhati-hati sebelum membuat perkongsian di akaun media sosial.
“Watie masih baru dalam bidang yang diceburi iaitu perniagaan.
“Saya faham kita perlu promosikan barangan atau produk yang kita jual itu kepada umum, tetapi kalau boleh tidaklah keterlaluan.
“Apa-apa pun saya yakin dengan Watie, dia tahu apa yang dia buat dari sudut negatif mahupun positif,” ujarnya.
“Melentik…Tak Sakit Pinggang Ke?” – Video Watie Hanifiah Jadi Perhatian
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai memaparkan kekasih hati Shuib Sepahtu iaitu usahawan Watie Hanifiah.
Menerusi video itu, kelihatan usahawan itu memakai blazer berwarna ‘cream’ dan sedang berjalan dengan penuh bergaya.
Bagaimanapun, caranya berjalan dikritik oleh netizen serta ada yang mengatakan mereka tidak berkenan.
Tidak kurang juga, ada mengatakan mereka lebih suka jika Shuib bersama dengan aktres, Wan Sharmila yang disifatkan lemah lembut dan sopan.
Netizen puji Lala hadiri majlis ilmu, ‘kenen-kenen’ dengan Shuib
Perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Wan Sharmila menghadiri majlis ilmu baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Bagaimanapun ada juga terselit komen netizen yang ‘tag’ nama pelawak Shuib Sepahtu dengan mengatakan aktres itu layak untuk dijadikan bakal isteri.
“@Shuib Sepahtu, wanita yang solehah seperti ini layak dijadikan bakal isteri.” komen pengguna media sosial itu.
Sekitar tahun lalu, keakraban pelakon wanita itu dengan ibu kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Salamiah Jalani ketika majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya daripada orang ramai.
Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan keterangan gambar, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.
Tampil menjelaskan segala kekeliruan yang berlaku pada ketika itu, Salamiah berkata, kehadiran Lala pada majlis itu hanyalah memenuhi jemputannya sebagai tetamu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Lala melahirkan rasa syukur kerana dijemput untuk menghadiri majlis ilmu berkenaan.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekali gus saya jadi ada ramai kawan bila di dalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” tulisnya.
Boleh katakan ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata pujian netizen yang mengatakan imej aktres itu terlihat manis dan sejuk mata memandang.
KREDIT: HMETRO