Zarina Anjoulie b0ngkar penyebab hubungan cinta dengan ‘papa’ putus! “Awak pernah jadi tunang saya”

Umum sedia maklum mengenai hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey sudah putus dipertengahan jalan walaupun usia pertunangan belum cecah sebulan.

Malah, sebelum ini Khazrul menjelaskan kepada umum bahawa isu berat badan bukanlah punca kepada hubungan mereka terlerai dna ia hanyalah gurauan yang dilakukan Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju.

Namun begitu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Anju di laman TikToknya, dia meminta kepada Khazrul untuk menjadi lebih ‘gentlemen’ dalam menyelesaikan masalah yang berlaku di antara mereka.

Kata pelakon yang berusia 35 tahun itu lagi, masalah yang berbangkit perlu diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan bukan membuat hantaran sendiri mengenai hubungan mereka di laman sosial.

“Kalau awak rasa saya sayang lagi hubungan kita kemudian jadi gentlemen, call saya, mesej saya. Bukan posting kat TikTok pasal saya. Awak pernah jadi tunang saya, sudah tentu saya boleh bincang dengan awak,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Anju turut mendedahkan ego adalah asbab ikatan pertunangan mereka terlerai dan dia menyeru kepada Khazrul untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawa dalam menyelesaikan isu yang berbangkit.

“Ingat ego adalah punca utama boleh hancur mana-mana hubungan. Sebab ego lah hubungan kami hancur. Jadilah seorang lelaki dan perbaiki ia,” ujarnya lagi.

Anju nampak matang menyelesaikan masalah

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji dengan sikap profesional Anju dalam menguruskan masalah yang berlaku antara bekas tunangnya.

Semoga dipermudahkan segala urusan

Bukan itu sahaja, ramai turut mendoakan agar segala urusan pelakon tersebut sentiasa dipermudahkan dan berharap mereka mempunyai jodoh untuk hidup bersama.

Terdahlu Kekasih pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey memaklumkan berat badan bukanlah menjadi isu kepada pengakhiran hubungannya bersama aktres tersebut seperti mana yang didakwa oleh netizen di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Khazrul di laman TikToknya, dia menjelaskan kepada umum selepas menjawab pertanyaan daripada seorang individu dimana dia tidak pernah meminta Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju untuk menurunkan berat badan jika mahu berkahwin.

Ujarnya, kenyataan tersebut hanyalah gurauan daripada Anju dan tidak menyangka perkara tersebut menjadi perhatian media sebelum ini.

“Asalamualaikum, saya tak pernah kata pada Anju kalau tak turun 55 kilogram saya tak nak kahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak sangka jadi viral.

“Anju ada post di media dia bergurau, tak sangka isu melarat. Anju dah minta maaf pada saya, saya dah nasihat dia jangan main tulis macam itu.

“Saya tanya Anju, awak tak rasa bersalah ke awak tulis main-main tapi netizen sumpah seranah bakal suami awak? Jadi dia menyesal sebab isu berat badan ini,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Khazrul turut mendedahkan dia tidak kisah terhadap penampilan Anju untuk dijadikan sebagai teman hidupnya namun, terdapat perkara lain yang perlu diselesaikan antara mereka.

Malah, isu berat badan tersebut sudah dipadam oleh Anju di media sosial namun segalanya telah terlambat apabila perkara tersebut telah menjadi tular di laman sosial.

“Jadi, bukanlah isu berat yang jadi masalah pada kami. Saya tak kisah pun kalau dia gemuk saya tetap sayang, cuma ada perkara lain yang kami kena lalui.

“Anju terus padam artikel isu berat badan dalam telefon dia depan saya, cuma Anju tak dapat. padam media bila media dah viral, dia menyesal.

“Saya tak boleh cakap apa-apa kerana saya tak nak orang salah anggap pada kami. Biar kami cuba selesaikan masalah ini,” jelasnya lagi.

Sumber: TikTok @zarinaanjoulie_, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *