Sedia maklum, beberapa hari lalu, hubungan di antara Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Elzey sudah pun berakhir setelah masing-masing membuat pendedahan di media sosial.
Dalam pada itu, Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju sempat memohon maaf kepada semua pihak dan meminta ruang untuk dirinya sembuh dari perasaan kecewa ketika ini.
Terbaharu, pelakon wanita tersebut ada berkongsikan screenshot perbualannya bersama selebriti lelaki, Zoey Rahman yang memberikan kata-kata semangat untuknya mengharungi dugaan ketika ini.
Melalui perkongsiaan yang sama, Anju telah membalas mesej Zoey dengan mengucapkan terima kasih kerana masih mengingatinya.

Walau bagaimanapun, Anju telah memadam hantaran tersebut setelah beberapa jam memuat naik IG Story terbabit.
Sekadar info, Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Elzey selamat menjalinkan tali pertunangan bersama dua minggu yang lalu setelah sering kali berkongsikan momen-momen mesra di media sosial.
Tunang Zarina Anjoulie mahu teruskan persahabatan
Sebelum ini Tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie Lavocah, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya menjawab teka teki mengenai pergolakan yang berlaku dalam hubungan cinta mereka.
Menerusi hantaran di TikTok Story, Khazrul menulis luahan bahawa dia bukanlah orang yang baik seperti diimpikan Zarina dan berharap akan terus bersahabat.
“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.
“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya.
Dalam hantaran yang turut disertakan dengan gambar-gambar kenangan ketika bersama, Khazrul turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya kepada Zarina.”Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama,” tulisnya.
Zarina bagaimanapun tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan perkara ini di Instagramnya.
SUMBER : xtra