Sebentar tadi kami melaporkan yang bukan setakat bunga ros, pelakon Farid Kamil turut membawa sebentuk cincin untuk memujuk isterinya, Diana Danielle supaya kembali bersama. Cincin itu dibeli sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.
Namun sayangnya, Farid memberitahu bunga tersebut telah dibuang. Lebih mengejutkan apabila pelakon ini mendakwa wujud orang ketiga dalam rumahtangga mereka.
Menurut laporan Harian Metro, Farid juga dilihat cuba untuk memeluk isterinya di ruang menunggu luar pintu Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah namun ditepis isterinya dan dilihat terus beredar.
Bukan tu jer, riak wajah Diana kelihatan tidak senang apabila Farid ingin memeluknya, namun keadaan itu ditenteramkan oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Farid berkata, dia sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini dia mendapati ada pihak ketiga yang menyokong Diana daripada belakang.
Jelas Farid lagi, dia perlu menyelamatkan rumah tangga demi dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.
Kredit: Harian Metro