Menjelang hari Hafidz Roshdi bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, pada Isnin ini, pelakon itu memilih untuk melayangkan surat terbuka kepada isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram (IG).
Tidak mendiamkan diri, Shuhada dilihat mempertahankan dengan menegaskan kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada kepercayaan yang didakwa sudah dikhianati.
Dah solat?

Tidak ketinggalan, wanita yang didakwa sebagai penyondol iaitu Athira Yuhada turut memuat naik entri di akaun miliknya.
Dengan kapsyen ringkas, Athira bertanya sama ada warganet sudah menunaikan solat maghrib?
Menerusi perkongsian tersebut, Athira dilihat memakai telekung berwarna putih yang bersulam biru, duduk di atas sejadah ‘maroon’ serta terdapat senaskah Al-Quran.
Hantaran tersebut turut menggunakan lagu ‘Roses Are Red’ nyanyian asal John Caryl sebagai muzik latar.
Shuhada balas ‘surat terbuka’ Hafidz, pilih setia rupanya dikhianati & dikasari
Pelakon, Hafidz Roshdi pagi tadi telah memuat naik ‘surat terbuka’ kepada Nurul Shuhada Mohd Shukri selepas didakwa difitnah berkaitan kemelut rumah tangga yang mereka hadapi sehingga keluarganya terpalit sama.
Tidak berdiam diri, Shuhada dilihat turut memuat naik ‘surat terbuka’ kepada Hafidz dan memulangkan paku buah keras kepada pelakon tersebut termasuklah mengingatkannya kembali tentang kejadian ditumbuk baru-baru ini.
Kenyataan untuk pertahankan diri & anak2
Menurut wanita berusia 29 tahun itu, kenyataan yang dibuat sebelum ini adalah tanpa mengetahui berkenaan kedudukan undang-undang, namun selepas kejadian 2 Mac berlaku dia telah mendapat nasihat pihak berkuasa untuk tidak mengupas lanjut perihal isu tersebut.
Segala tindakan yang dibuat semuanya berdasarkan saluran undang-undang termasuklah tuntutan sivil. Namun apa yang dilakukan kini adalah untuk melindungi diri dan juga anak-anak yang dalam jagaannya kini.
Akui bukan sempurna dalam perkahwinan
Dia bersetuju dengan apa yang dikatakan pelakon tersebut bahawa dia memang ada kelemahan dalam perkahwinan mereka. Namun, dia juga telah mencuba sehabis baik untuk menjadi isteri kepada lelaki itu termasuklah melupakan hasrat menyambung pelajaran.
Dia juga sedar bahawa perkahwinan mereka memang banyak ujian tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri dan setia menyokong kerjaya seni pelakon terbabit.
Keluarga mentua benarkan kahwin tanpa isteri izinkan
Pengorbanan yang dibuat selama ini seakan sia-sia apabila dia diuji dengan kehadirian orang ketiga yang mengubah kehidupan dia dan anak-anak.
Dia berasa dikhianati oleh Hafidz apabila apa yang berlaku tanpa pengetahuannya di ketahui keluarga bekas suami termasuklah perihal perkahwinan pelakon berkenaan dengan ‘penyondol’ tanpa keizinannya.
Bagi ruang berbincang tapi dapat penumbuk
Pada awalnya dia juga seperti wanita biasa yang dikhianati apabila marah, geram, kecewa dan keliru dengan apa yang jadi. Lebih-lebih lagi memikirkan nasib diri.
Namun, cuba untuk bertenang dan memberi peluang berbincang sebaiknya sehinggalah dia menerima penganiayaan yang kejam dengan 10 jahitan di muka.
Shu juga sempat bertanya jika perkara tersebut berlaku kepada orang lain, adakah mereka hanya berdiam diri sahaja tanpa bertindak.
Akan ambil tindakan undang2
Di akhir penulisannya, dia sama sekali tidak minta untuk diadili, tetap berharap agar kisah yang berlaku dalam hidupnya tidak terjadi kepada orang lain.
Tambahnya, dia akan mengambil tindakan diatas apa yang berlaku termasuklah kecederaan yang dialami tempoh hari.
Menerusi ruangan kapsyen, Shu menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T kerana Dialah yang lebih mengetahui dan mengadili segala yang berlaku.
Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.
Sumber: Instagram