Ibu meninggal dunia selepas jamu ikan buntal goreng, anak terkilan tak sempat jumpa… Dah janji nak balik sempena cuti Aidilfitri

KISAH seorang wanita berusia 83 tahun yang meninggal dunia serta suaminya yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas memakan ikan buntal kecoh diperkatakan netizen.

Menurut anak perempuan mereka, Ng Ai Lee, 51, ibu bapanya tidak menyedari bahawa ikan yang dibeli daripada seorang penjual itu merupakan ikan yang mengandungi toksin maut.

Tambah wanita itu, bapanya yang berusia 84 tahun membeli ikan itu pada Sabtu lalu kerana hanya tinggal beberapa pilihan sahaja.

Walaupun tidak pernah mendengar tentang ikan buntal, bapanya terus membelinya daripada penjual ikan yang mengunjungi kampung mereka di Kampung Chamek, Kluang, Johor, setiap minggu dengan menaiki van.

“Ibu bapa saya sudah bertahun-tahun membeli ikan daripada penjual ikan yang sama, jadi ayah saya tidak fikir dua kali mengenainya.

“Dia tidak tahu yang dia membeli ikan yang boleh membahayakan nyawa mereka,” katanya kepada The Star.

Ibunya, Lim Siew Guan, menggoreng ikan untuk makan tengah hari pada hari yang sama dan mula mengalami kesukaran bernafas serta menggigil manakala bapanya mula menunjukkan simptom yang sama kira-kira sejam kemudian.

Ng berkata, abangnya yang tinggal dalam kampung yang sama terus membawa mangsa ke hospital.

Seorang warga emas meninggal dunia selepas menjamu ikan buntal goreng bersama suaminya.

“Saya dan abang saya yang lain tinggal di Kuala Lumpur. Selepas mengetahui kejadian itu, kami memutuskan untuk bergegas pulang ke Kluang untuk berjumpa ibu bapa kami.

“Malangnya, kami belum sampai separuh perjalanan apabila abang sulung memaklumkan ibu meninggal dunia petang itu.

“Saya sangat sedih. Kesakitan dan emosi yang saya rasakan ketika itu tidak dapat digambarkan kerana ia terlalu tidak dijangka,” ujarnya.

Tambah Ng, dia kali terakhir bertemu ibu bapanya ketika sambutan Tahun Baharu Cina dan merancang untuk pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kali terakhir saya berjumpa ibu ketika mereka datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama saya selama seminggu selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya bercadang untuk pulang ke kampung untuk berjumpa mereka bulan depan semasa cuti Hari Raya Aidilfitri,” kata Ng, yang merupakan ketua pegawai kewangan sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Tiba-tiba menggigil, sesak nafas… Warga emas dari Johor maut makan ikan buntal, suami dalam ICU. Mangsa meninggal dunia manakala suaminya kini dirawat di ICU. Gambar Hiasan – Anne Pollmann/dpa.

Punca kematian ibunya dikenal pasti sebagai keracunan makanan, mengakibatkan kegagalan pernafasan dan degupan jantung yang tidak teratur, mungkin disebabkan oleh pengambilan toksin daripada ikan tersebut.

Dia dikebumikan di tanah perkuburan Cina Chamek pada Rabu.

Ng berkata bapanya masih koma di ICU dan pihak hospital sedang berusaha untuk merawat jangkitan dalam badannya.

Ikan Buntal yang juga disebut ‘ikan fugu’ yang tergolong ke dalam satu jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia.

Kenapa ikan buntal beracun dan boleh membawa maut?

Ikan buntal atau pufferfish adalah sejenis ikan yang ramai mengenalinya dari famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes yang sering dijumpai di negara kita.

Ia juga disebut ‘ikan fugu’ yang tergolong ke dalam satu jenis racun semula jadi yang paling bahaya.

Air pasang merah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan

Ikan buntal sering kali digunakan sebagai bahan makanan dalam masakan di Jepun seperti sushi atau sashimi.

Disebabkan oleh kandungan racun tetrodotoksin di dalamnya maka memang tidak semua orang boleh mengolah ikan unik itu menjadi hidangan yang lazat.

Dalam kalangan masyarakat di pinggir laut dan sungai di Malaysia, kebanyakan mereka tahu bagaimana untuk menyiang ikan buntal beracun ini sehingga boleh dimakan.

Adalah memang disyorkan untuk memperhatikan terlebih dahulu fakta ikan buntal yang sangat beracun ini sebelum dimakan.

Dilaporkan di mana jenis racun yang dikenali sebagai tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.

Racun itu didakwa lebih mematikan berbanding racun sianida (cyanide).

Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan di mana ada sekitar lima hingga 10 kes keracunan ikan buntal setiap tahun berlaku. Meskipun begitu, ada kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan.

Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.

Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus supaya daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut.

Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh chef yang pakar membuatnya sahaja.

Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan.

Menurut blog Anim Agro Technology, jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.

Ada empat tahap gejala keracunan ikan buntal iaitu tahap 1 kawasan sekitar mulut terasa kebas atau mati rasa, gangguan pencernaan, seperti mual, muntah, sakit perut, yang biasanya muncul 10 hingga 45 minit selepas memakan ikan itu.

Gejala tahap 2 ialah mati rasa di wajah, sukar berbicara, kehilangan keseimbangan, dan tubuh terasa lemah dan sukar bergerak manakala gejala tahap 3 pula keracunan ikan buntal akan membuat tubuh menjadi lumpuh atau tidak mampu bergerak dan pupil mata membesar.

Gejala tahan 4 pula menyebabkan pesakit gagal bernafas, kadar oksigen di dalam tubuh berkurangan (hipoksia), jantung berdetak lebih lambat dari biasanya (bradikardia), penurunan tekanan darah (hipotensi), gangguan degupan jantung, dan penurunan kesedaran.

Gejala keracunan ikan buntal biasanya muncul dalam hitungan 20 minit hingga 3 jam setelah racun ikan buntal masuk ke dalam tubuh.

Pada Jun 2021, empat maut di Desa Hoder di Sika, Nusa Tenggara Timur, Indonesia kerana memakan ikan buntal beracun manakala 13 lagi orang dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang serius.

10 FAKTA IKAN BUNTAL

Secara umumnya, terdapat banyak hidupan marin yang beracun. Ada spesies ikan beracun menjadi makanan di sesetengah tempat dan salah satunya adalah ikan buntal. Berikut 10 fakta berkenaan ikan ini:

1- Ikan buntal adalah sejenis ikan tropika yang berada dalam perairan sungai, tasik dan laut. Ia mempunyai keunikan tersendiri iaitu berkebolehan mengapungkan diri melalui pengelembungan udara di dalam paru-parunya.

2-Sebagai contoh, ikan buntal kuning yang banyak terdapat di Sarawak terutama di sungai Saribas dan Betong hinggakan pesta ikan buntal yang diadakan setiap tahun yang menjadi tarikan pelancong Sarawak.

3-Ia juga dikenali dengan nama blow fish, puffer fish, balloon fish dan globe fish, kerana ikan buntal boleh mengembung menyerupai bentuk bentuk bola untuk melindungi dirinya daripada ikan pemangsa. Ikan buntal akan mengisi perut elastiknya dengan jumlah besar air atau udara.

4-Ketika tubuh ikan buntal dalam keadaan mengembunng, ukurannya akan meningkat dua atau tiga kali ganda daripada saiz asal Sesetengah spesies ikan buntal mempunyai duri pada kulitnya untuk melindungi diri daripada ikan pemangsa.

5-DI JEPUN, IKAN BUNTAL DIKENALI DENGAN NAMA FUGU DAN SANGAT DIGEMARI OLEH PENDUDUK DI SANA. MEREKA YANG MENYEDIAKAN HIDANGAN IKAN BUNTAL MESTILAH TERLATIH DAN MEMPUNYAI SIJIL DAN LESEN YANG DISAHKAN. BAGAIMANAPUN, KES KERACUNAN IKAN BUNTAL MASIH JUGA DILAPORKAN BERLAKU DI JEPUN. DI MALAYSIA, IKAN BUNTAL DISEDIAKAN HANYA BERDASARKAN PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN MEREKA YANG MENGENDALIKAN IKAN BUNTAL BERACUN TERSEBUT.

6-Di Malaysia, terdapat lebih daripada 50 spesies ikan buntal. Kebanyakan ikan buntal mengandungi bahan beracun yang digelar tetradotoksin (TTX) yang menjadikan ia berbau busuk dan berpotensi membawa maut kepada ikan lain. Ada di antaranya mudah disalah anggap sebagai ikan biasa yang boleh dimakan. Sebagai contoh ikan buntal kerisi yang fizikalnya menyerupai ikan kerisi.

7-Antara gejala awal keracunan TTX ini adalah mual, muntah-muntah,
rasa kebas dalam rongga mulut. Seterusnya, pesakit akan mengalami kelumpuhan seluruh anggota badan, sesak nafas dan akhirnya boleh membawa maut.

8- Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ikan buntal terdapat racuntetradotoksin yang menyerang saraf dan menyarankan orang ramai tidak memakannya jika yakin ia tidak selamat.

9- Racun TTX yang sangat bahaya itu terdapat di dalam telur (ovari), hempedu, hati, usus dan kulit ikan buntal.

10-Walaupun ada bahagian ikan itu yang tidak bahaya, racun tetrodotoxin boleh mencemari ikan buntal sekiranya semasa proses menyiang sekiranya bahagian tersebut terluka atau terpotong. Racun tersebut boleh menyebabkan kelumpuhan otot penting seperti otot pernafasan yang berisiko membawa maut.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *