Seperti semua sedia maklum, umat Islam sudah mula berpuasa bermula hari ini dalam bulan Ramadan. Anak-anak yang bersekolah juga terutama sekolah rendah sudah mula belajar berpuasa.
Mungkin kawan-kawan bukan muslim ada yang tidak faham dan menjadi p.elik, kenapa rakan-rakan muslim mereka tidak mahu makan ketika waktu rehat. Perkara itu dialami sendiri oleh anak Dato’ Lee Chong Wei, Kingston.
Dalam satu kiriman terbaru Lee Chong Wei di Facebook, anaknya meng.adu bahawa dia berasa sedih rakan-rakannya yang muslim tidak mahu makan bersamanya hari ini dan cikgu juga meminta Kingston makan jauh dari rakan-rakan lain.

Lee Chong Wei rasa bers.alah dengan keadaan itu kerana tidak menceritakan kepada anaknya bahawa hari ini sudah mula berpuasa bagi seluruh umat Islam.
“Papa, I ada soalan nak tanya” ditanya anak saya dalam perjalanan dari sekolah tadi.
“Tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa ?” Muka anak terus m.uram bagai k.aca diti.mpa batu.
Tidak sempat saya menjawab, dia terus sambung “Pastu I pon dina.sihat cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan I. Apa s.alah saya, papa?”
Terg.amam aku dibuatnya seketika. S.alah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini.
“koko kingstonleekc , you tak s.alah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan Cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda pengh.ormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu. Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bert.olak-ansur dan hormat sesama lain. ”
Sulung yang kini dah 8 tahun sudah start menunjukkan sikap member.ontak. “Kenapa kena bertolak ansur ? Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal” .
Belum sempat saya m.arah, tangan penampar wongmewchoo terus melanda ke atas tangan anak. Tahulah saya dia pandai smash gak, tapi memang laju tangan dia kali ni.Sulung pun menangis bertanya sebab.
“Kalau kita tak bert.olak ansur, koko tidak akan ada kawan Amli dan Syihan lagi. Bayangkan kalau tak bert.olak ansur, koko main mercun semasa New Year mestinya dimaki. Jika tidak h.ormat, kawan India buat perarakan Thaipusam semestinya diha.lang. Andainya tidak menghormati sesama lain, tak mungkin shopping mall KL ada Christmas tree masa Christmas”, jawabnya saya.
“Kita menang bola dan Thomas Cup pun sebab kita bert.olak ansur dan bersatu padu”, disambung saya.
Dengan muka meny.esal, pendek sahaja jawapan anak saya “Saya mahu berkawan baik dengan Amli dan Syihan” .
Itulah cerita hari ni. Saya Chong Wei dan Mew Choo sekeluarga ingin mem.ohon-maaf dan mengucapkan Selamat Berbulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Have a ble.ssed puasa month.
Lagi perbualan LCW dengan anak berkenaan puasa buat ramai terhibur
“Papa! Syihan dan Amli kata esok dah bulan puasa! Derang suruh tengok bulan mala mini. Aku cuba tengok bulan, tak tahu baca lah”, kata Kingston sebelum tidur semalam.
Hati aku fikir ,” Ishhh budak ni, kalau ko tahu tengok; baik ko yang simpan mohor Raja-Raja”.
Saya pun balas dengan tenang: “Betul tu, bulan Ramadan dah menjelang. You dan Terrance kena bertolak-ansur ngan kawan-kawan Muslim you di kelas ya….”.
Sebelum aku habis bercakap …
Kingston : “ Papa, minta 20 ringgit esok. Syihan dan Amli ajak pergi bazar lepas sekolah. I nak belanja derang ayam percik dan Roti John.”
Saya : “ No problem. Jangan ko pakai duit tu beli komik sudah”.
Kingston : “ Papa .. kenapa roti sedap tu nama dia Roti John eh? Xleh Roti Ahmad, Roti Muthu , Roti Flying Dragon to the Sea atau Roti Kagebunshinojutsu ke ? Dan juga, kawan Melayu baru aku Rifqi suh standby plastik hitam .. derang kata standby je, rasanya tak perlu pakai”.
Saya : (alamak …soalan cepumas sekali lagi ni..tapi tersenyum gak) “ Ko betul gila komik sekarang eh.. Roti Kagebunshinojutsu.. ptuih… dan pasal plastik hitam tu, papa tak tahu. Tolong tidur now”
Menjelang bulan yang suci ni, Chong Wei, Mew Choo sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berbulan Puasa kepada semua kawan-kawan Islam.
#PapaGengPlastikHitamGakDulu #MalaysiaHarmoni #Ramadan #NamaHanyaRekaan
Nota tambahan : Takziah kepada keluarga pemain badminton Indonesia Syabda Perkasa yang meninggal beberapa hari lalu. I took special notice of him and dia memang seorang player yang penuh power , penuh bakat. Takziah. May you Rest in Power. May you Rest in Peace.
kredit: lcw