Kenyataan balas daripada pelakon, Aaron Aziz membabitkan penjelasan daripada pengarah, Syamsul Yusof tentang pengguguran dia sebagai pelakon filem The Original Gangster begitu mendapat perhatian ramai kelmarin.
Aaron Aziz memuat naik video penjelasan di Instagram peribadinya dari pihaknya pula yang menjelaskan kronologi dari awal Syamsul Yusof berjumpa dengannya sehinggalah tentang mas4lah kesihatan yang dibicarakan. Namun begitu, Aaron Aziz dilihat kecewa dan tampil bersuara demi membela dirinya sendiri.
Dalam pada itu, isu terbabit yang sudah mendapat perhatian pihak media dan turut vir4l di media sosial ternyata ia turut menarik perhatian pelakon, Edika Yusof untuk memberikan komen mengenainya.
“Kat Hollywood dan Bollywood pelakon semua muda-muda sangat ke… tak masuk akal pun. Kat sini dahla bun*h bakat pelakon lama ni, lepas tu kalau macam-macam alasan dahla buat fighting and stunts ced3ra m*ti kat4k je mana ada insurance pun… please improve if not industry kita kelaut.” Tulisnya diruangan komen hantaran Official Hlive.
Nampaknya komen Edika Yusof turut mencvri tumpuan netizen yang rata-ratanya setuju dengan pandangannya mengenai usia pelakon yang tidak sepatutnya menjadi punca kerana di Hollywood mahupun Bollywood pelakon berusia seperti Shah Rukh Khan antara yang masih hebat dalam lakonan.
‘Macam la takda stunt man kan bang!’


‘Kalau negara luar lagi tua lagi berharga…’
‘Betul tu Shah Rukh Khan pun umur dah berapa masih jadi hero sampai sekarang, Salman Khan ramai yang berumur…’
Syamsul tiada masalah untuk berbaik-baik, berjumpa Aaron Aziz
Syamsul Yusof sedia memenuhi permintaan Datuk Aaron Aziz untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu pengguguran pelakon itu dalam filem terbaru arahannya, The Original Gangster.
Syamsul berkata, dia tiada masalah untuk berjumpa dan sedia berbaik-baik semula dengan pelakon itu untuk projek filem akan datang.
“Boleh nak jumpa berdua tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.
“Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional,” katanya kepada Harian Metro.
Semalam, Aaron menerusi satu hantaran video di Instagram meluahkan kemarahan selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua, gemuk dan berisi.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana pengarah terbabit enggan berjumpa sedangkan segala permintaannya supaya Aaron ‘buat badan’ sudah dipenuhi.
Malah, dalam pendedahan berkenaan, Aaron juga mengatakan dia juga sanggup menahan kesakitan menggambil suntikan untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page dailynews98
Diolah oleh : Media Network
Sumber/ Kredit : Syor
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.