Sebut sahaja nama Jebat Jayden, pasti sudah terbayangkan kepetahan Jebat dengan aksi spontannya menjawab pelbagai soalan.
Si comel Jebat yang kini berada di Tanah Suci bersama seluruh keluarganya tetap menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comel Jebat sepanjang berada di sana.
Salah satu video yang dikongsikan oleh ibunya adalah telatah comel Jebat yang berkongsi perkongsian ketika sedang beristirehat di sana.
“Kalau kita minum banyak, muscle kita jadi yembek yembek,” kata Jebat melalui videonya.
Menarik: “Macam Fasha Junior” Anak Fasha Sandha Tunjuk Minat Berlakon Macam Ibu, Tak Dapat Green Light Dada!
Kami Masih Belajar, Anak Genap Setahun, Banyak Mengajar Ernie Zakri Jadi Ibu Terbaik!
Tiap Kali Mengemop Kena Berebut, Anak Kedua Shukri Yahaya Suka Mengemas, Ramai Nak Buat Menantu!
Bahkan aksi dan celoteh Jebat yang sempat bertazkirah turut dimuat naik oleh ibunya di Insta Story. Memang petah dan comel.
Anak cilik itu petah bercerita mengenai manfaat minum air zam- zam kepada keluarga. Malah, ketika ahli keluarga bertanyakan soalan berkenaan solat, Jebat terus menjawab dengan yakin. Langsung tidak kekok.

“Letak tangan atas peha, auto macam Baba dia”
Paling menarik perhatian pastinya gaya bersahaja Jebat yang seakan-akan gaya ayahnya ketika berceloteh panjang.
Dengan tangan yang diletakkan di peha, aksi comel Jebat tak ubah seperti ayahnya Sharnaaz yang dikenali dengan gaya bersahaja ketika bercakap. Sama!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Jebat Jayden yang begitu petah malah begitu baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Bahkan wargamaya turut memuji kecerdikan kanak- kanak 5 tahun itu walaupun sedikit pelat, namun berusaha untuk bercakap dengan orang sekeliling.
Hantar Jebat Tunai Umrah, Sharnaaz Ahmad Dipuji ‘Bapa Terbaik’
Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah pelakon Sharnaaz Ahmad tetap berkawan baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Baru-baru ini, tular video dikongsikan netizen memaparkan pelakon itu menghantar anaknya ke lapangan terbang yang mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Meskipun video dikongsikan itu berkenaan anak kepada Neelofa iaitu Muhammad Bilal, namun kelibat Sharnaaz lebih menjadi perhatian. Menerusi video itu, kelihatan Sharnaaz sedang melayan Jebat yang berada dalam baby stroller.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap Sharnaaz yang sentiasa bersama anaknya itu. Malah, ada yang menyifatkan Sharnaaz seorang bapa terbaik buat anaknya itu.
Tidak kurang juga, ada netizen membandingkan sikap Sharnaaz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang sebelum ini dikatakan tidak nampak kelibatnya ketika anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah menunaikan umrah bersama ibu mereka.
Seperti sudah dijangka, ada juga netizen turut bertanyakan mengenai ketiadaan kelibat suami Noor Nabila iaitu Engku Emran di lapangan terbang.
kredit: mhiburan