MAHKAMAH Singapura pada Selasa memerintahkan lelaki berusia 33 tahun yang didakwa menyer4ng pelakon Kamal Adli selepas menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psiki4tri.
Hakim Terence Tay membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan permohonan pihak pendakwa raya yang meminta tertuduh menjalani pemeriksaan ment4l.
Tertuduh dikenali sebagai Muhammad Nabil Rasid akan direm4n di Institut Kesihatan Ment4l untuk pemerhatian psiki4tri.

Kamal Adli luka diserang menggunakan cota.
Kes berkenaan akan disambung semula pada 28 Mac ini.
Tertuduh didakwa atas satu pertuduhan menyebabkan keceder4an secara sukarela dengan menggunakan senjata berb4haya.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penj4ra sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau kedua-duanya sekali.
Pada malam Ahad lalu, Muhammad Nabil didakwa menyer4ng Kamal, 37, menggunakan cota sehingga menyebabkan aktor berkenaan mengalami luka sedalam tiga sentimeter dan menerima empat jahitan pada bahagian kulit kepala.
Polis turut merampas senjata digunakan sebagai bukti kes dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Uqasha Senrose rahsiakan lokasi dia dan keluarga demi keselamatan
Uqasha Senrose memohon rakyat Malaysia dan Singapura tidak bertelingkah selepas insiden suaminya, pelakon Kamal Adli diserang di acara ekspo di Singapura, baru-baru ini.
Dalam satu hantaran video di Instagram, Uqasha memohon agar insiden yang berlaku dijadikan pengajaran kepada semua untuk sentiasa menjaga keselamatan diri.
“Apa yang berlaku tak ada kena mengena dengan negara. Malang tak berbau dan boleh berlaku di mana-mana. Jangan kerana seorang, satu negara terkena kesannya. Tak boleh begitu.
“Apa yang berlaku kepada kami, adalah pengajaran untuk semua orang supaya lebih berhati-hati selepas ini. Kita tak tahu siapa suka kita dan siapa bencikan kita. Saya harap, semua orang jangan bergaduh antara negara,” katanya.
Menurutnya, rakyat Singapura adalah masyarakat yang baik dan turut menghulurkan bantuan ketika insiden itu berlaku.
“Saya nak jelaskan, orang Singapura semua baik-baik. Mereka ada bantu saya dan adik-adik saya semasa Kamal diserang. Tak ada siapa yang salah sebab benda nak jadi.
“Jangan kita bermusuh antara negara. Kita sama-sama cari rezeki. Saya pun ke sini untuk cari rezeki. Biar polis jalankan siasatan,” katanya.
Dalam video sama, Uqasha memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar Kamal yang baru saja sedar selepas menjalani pembedahan diberikan kesembuhan.
“Saya harap anda semua tolong doakan Kamal sebab dia pun baru saja sedar dari kesan ubat bius. Dia ditidurkan untuk menjalani pembedahan. Dia perlu menjalani x-ray untuk pantau sama ada, ada bahagian retak atau apa,” katanya.
Uqasha juga turut mengakui trauma selepas insiden serangan itu berlaku sekali gus terpaksa merahsiakan lokasi di mana dia dan keluarganya berada.
“Sampai sekarang saya tak tahu apa motif penyerang itu. Kami terpaksa rahsiakan lokasi kami kerana ugutannya adalah ugutan membunuh. Penyerang itu tak gila. Sama ada dia gangster atau apa, saya tak tahu,.
“Keadaan itu membuatkan saya trauma sebab pertama kali saya melihat insiden begitu berlaku di depan mata saya sendiri,” katanya.
Di Instagram Story, Uqasha memuat naik gambar cota yang digunakan penyerang itu untuk memukul Kamal.
kredit: mstar