Sejak kebelakangan ini, nama Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi sering mendapat perhatian ramai gara-gara kemelut rumah tangga namun kini sudah bangkit atas kaki sendiri untuk teruskan kehidupan bersama anak-anaknya.
Malah, difahamkan juga Shuhada sedang membangunkan perniagaan biskut di bawah jenamanya iaitu ‘Satu Tak Cukup Shelup Shelup’ telah membuatkan ramai sebak dan mahu membantunya untuk mencari rezeki.
Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia berkongsi video Shuhada menjual biskutnya menerusi satu sesi siaran langsung di

Netizen dakwa harga terlalu mahal
Dalam video tersebut, kelihatan Shuhada sedang mempromosikan biskut jualannya itu namun, meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terkejut terutamanya golongan B40 apabila mengetahui biskut tersebut berharga RM179.00 tidak termasuk kos penghantaran, RM15.00
Nak support tapi kami yang B40 tak mampu
Bukan itu sahaja, ada netizen hanya mampu mendoakan untuk Shuhada sebagai tanda sokongan memandangkan mereka tidak mampu untuk membeli biskut yang dijualnya.
Mungkin Shuhada boleh buat pack kecil untuk harga yang murah
Pun begitu, disebalik kritikan yang dilemparkan, ada segelintir individu yang memberi cadangan serta pendapat kepada Shuhada supaya menjual biskutnya dalam set mini sebagai permulaan untuk membolehkan orang ramai membeli pada harga yang lebih murah.
Semoga dilimpahkan rezeki untuk Shuhada
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan Shuhada sentiasa dipermudahkan dan rezekinya sentiasa dimurahkan selalu dalam mencari rezeki untuk keluarga.
Nurul Shuhada temui pengganti?
Tampil berjenaka dalam ruangan Instagram, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sengaja memuat naik gambar bersama seorang lelaki.
Menerusi hantaran itu, ibu dua anak itu kelihatan mengenakan pakaian sedondon berwarna putih bersama lelaki yang kelihatan persis wajah pelakon Korea Selatan.
Nurul Shuhada juga melayangkan pertanyaan buat dua cahaya matanya sama ada mereka bersetuju dengan pilihan dirinya pada masa akan datang.
“Humairah, Umar, okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepas ini mata sepet?” soalnya berserta tanda pagar #shugurauje #photoshoot.
Isnin lalu, Hafidz berharap ruang berdamai dengan isterinya masih terbuka, malah turut meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anaknya, Humairah dan Umar.
Tarikh sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan Hafidz menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak bagi penilaian psikiatri, bermula 28 Mac depan.
Hafidz dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak pada pukul 3.22 pagi, 2 Mac lalu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323 tersebut.
Kes akan disebut semula pada 9 Jun ini.
Sumber: TikTok @faesecret