Puteri Sarah Jawab Tuduhan Sekadar Rekaan, Syamsul Mengaku Silap Berdiam Sampai Dihentam Ibu Bapa Sendiri

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang baru tampil memfailkan permohonan nusyuz selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga.

Puteri Sarah berkata, dia tidak gentar dengan permohonan yang dibuat Syamsul kerana percaya dirinya berada di pihak benar.

“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu . Apa yang dia mahukan lagi?

“Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar. Cuma saya ingin ingatkan yang mereka sekarang ini sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetub.uhan luar nikah.

“Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.

“Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Puteri Sarah, dia menganggap istilah nusyuz selayaknya diberikan kepada Syamsul kerana mengabaikannya selama ini.

“Jadi siapa yang nusyuz? Insya Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat.

“Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya.

“Bukan Nak Balas Tapi..” – Syamsul Mengaku Silap Berdiam Sampai Dihentam Ibu Bapa Sendiri

Sensasi hari ini konflik rumah tangga antara pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana apabila Syamsul menfailkan tuntutan nusyuz di mahkamah.

Alasan yang dikemukakan Syamsul adalah Sarah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020 dan menfitnahnya memukul serta tak beri nafkah.

Lebih mengejutkan apabila Syamsul dakwa isteri pertamanya itu masih berhubung dengan kekasih lama sewaktu zaman kolej.

Ketika bercakap kepada media, Syamsul mengaku silap kerana banyak mendiamkan diri selama ini sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap dirinya.

Namun, Syamsul memberitahu dia ada sebab tersendiri iaitu tak mahu membuka aib dalam perkahwinan. Dia juga tak nak kenyataannya memberi impak buruk terhadap Sarah.

Tapi mungkin itulah kesilapan saya selama ni sehingga kedua orang tua saya tak tahu hal sebenar rumah tangga saya. Seperti yang umum tahu ibu bapa saya juga menghentam saya.

Mungkin dah tiba masanya, bukan mahu membalas atau lawan Sarah tapi ini dah melibatkan masyarakat, umum perlu tahu. Sarah juga perlu tahu.

Kata pengarah ini lagi, ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail turut menghentamnya susulan konflik yang timbul. Syamsul mendakwa kedua ibu bapanya sendiri tak tahu hal sebenar yang berlaku.

kredit: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *