Uncategorized

Sedlh cucu Tk Ada Shiela Rusly dan menantu Tk tinggal sekali. Semua sebab kata kata ini?

Pelakon Elisya Sandha memaklumkan dia sekeluarga kini telah berpindah ke kediaman sendiri setelah sepuluh bulan tinggal bersama mentuanya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan momen cahaya mata sulungnya, Bunga Elhaq bersama Sheila.

Menurut Elisya, Bunga kini sedang menyesuaikan diri dengan suasana di kediaman baharu mereka. “Alhamdulillah selepas 10 bulan di rumah mentua sekarang kami dah pindah di kediaman sendiri

“Kadang-kadang rasa sunyi, tak biasa sebab selalu dengar suara mama (sheila rusly). “Bunga pun baru nak biasakan diri kat rumah baru dia. We love you mama, papa and mikha. Thank you for everything,” tulis Elisya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah Sheila Rusly turut meninggalkan komen terhadap perkongsian tersebut dengan menyatakan dia akan bersama mereka jika diperlukan. “If u need me..I’ll be there,” tulis Sheila.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Malah ada juga turut berasa sedih apabila keluarga kecil ini sudah berpindah ke kediaman sendiri dan sebak Bunga ‘berpisah’ dengan datuk dan neneknya.

Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia lapan bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *