KUALA LUMPUR: “Aku jumpa kau di mahkamah.”
Itu ‘pesanan’ oleh pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon, Farid Kamil yang mendakwa lelaki terbabit pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil.
‘Diana’ yang dinyatakan dalam Insta Story Farid Kamil itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.
Pelakon utama Lagenda Budak Setan itu membuat kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.
Syamsul dan Diana Danielle pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan terbabit putus di tengah pada penghujung 2008. Diana kemudian bercinta dengan Farid Kamil sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Pada Disember 2022, melalui podcast Studio Sembang kendalian pelakon Amelia Henderson, pelakon wanita itu mendedahkan pernah menjadi mangsa pukul bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya sebelum bercinta dengan Farid Kamil.
“Kita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu je. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la,” ujar Syamsul.
Terdahulu, Syamsul menjelaskan, belia tidak lagi aktif di media sosial namun mengetahui isu-isu yang diperkatakan mengenainya apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain.
“Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekrang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la,” jelasnya.
Syamsul membuat kenyataan tersebut ketika ditanya media selepas beliau memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini. – UTUSAN

Tiada ada angin, tiada ribut, tiba-tiba Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil. – Gambar Instagram Farid Kamil
Pasal Diana Danielle Minta Cerai, Netizen Anggap Ia Kifarah Buat Farid Kamil Kerana Sindir Syamsul Yusof
Tiada ada angin, tiada ribut, tiba-tiba pelakon Diana Danielle dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil.
Perkara itu juga turut membuatkan netizen terkejut dan bagaikan tidak percaya kerana Diana dan Farid dianggap sebagai pasangan suami isteri selebriti yang cukup bahagia dengan rumahtangga mereka.
Bahkan, mereka sekeluarga juga baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.
Semuanya nampak okay, sehinggalah muncul laporan berita mengenai tentang permohonan cerai daripada Diana ini.
Namun, kebanyakan netizen menyalahkan Farid kerana telah menyindir dan memerli Syamsul Yusof menerusi posting IG story miliknya, susulan pendedahan yang dibuat Puteri Sarah Liyana bahawa dia pernah dipukul Syamsul.
Beberapa netizen berpendapat apa yang berlaku terhadap Farid Kamil ini adalah satu kifarah buat dirinya dan menasihatinya supaya tidak menyindir atau mengatakan sesiapa lagi pada masa akan datang.
Permohonan cerai daripada Diana telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestar , pada pagi ini.
Difahamkan permohonan cerai itu dibuat kerana tiadanya persefahaman di antara mereka berdua dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Namun, Farid juga dikatakan enggan melafazkan cerai.
Ketika diminta untuk memberikan komen, Farid menerusi pesanan mesej Whatsapp erkata : “Biarlah mahkamah yang menentukan”. – Getaran, 20 Mac 2023