TS Musa Hassan turut telah membuat penjelasan bersama pihak media dan memilih untuk tidak mengaibkan sesiapa termasuklah isterinya.
TS Musa Hassan tidak mahu menuduh sesiapa mengenai penyebaran video…
Saya tak tahu siapa keluarkan video yang tersebar tentang masalah rumah tangga saya. Saya pegang pada prinsip untuk tidak akan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Saya tidak akan aibkan dia dan akan lebih selesa selesaikan melalui undang-undang dan mahkamah.
Saya serahkan isu ini kepada peguam saya untuk di bawa ke mahkamah syariah. Saya mempunyai sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan isteri saya kepada mahkamah syariah.
Laporan polis sudah dilakukan peguam bagi pihak TS Musa Hassan
saya juga telah buat laporan polis dan biarlah polis melakukan siasatan. tak perlu saya terangkan kepada pihak media.
TS Musa Hassan turut mendedahkan dirinya cedera di bahagian kepala. Selain itu, beliau turut akui isu ini tidak memberikan kesan kepada dirinya tetapi sudah pasti memberikan tekanan kepada keluarga dan anak-anak. Masalah berlaku sudah berlarutan selama 3 tahun.
Nafkah diberikan lebih dari cukup!
Sudah tidak tinggal bersama sejak 6 bulan. Saya bagi nafkah cukup, lebih terlebih pula lagi.
Cukup setakat ini yang dikongsikan TS Musa Hassan dan jangan pula kita membuat sebarang spekulasi tidak benar. Kita biarkan sahaja pihak tertentu lakukan siasatan.
Bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan Kongsi Ciri-Ciri Isteri Derhaka Pada Suami
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini sudahpun memberikan amaran kepada sesiapapun untuk tidak masuk campur dalam masalah privasi keluarganya. Ini selepas tersebar satu rakaman video menunjukkan pergaduhan antara Musa Hassan dan isterinya.
Bagaimanapun, meninjau akaun Twitter milik Musa Hassan, beliau ada berkongsi satu perkongsian tentang ciri-ciri isteri derhaka kepada suami sehingga menarik perhatian ramai orang.
Suka menyakiti hati suami…

Bukan hanya itu, beliau turut tidak kedekut untuk memberitahu kepada netizen surah yang ada kaitan dengan ciri-ciri yang disenaraikan olehnya itu.
Di dalam ciapan tersebut, Musa Hassan turut berkongsi mengenai tabiat yang patut isteri tidak amalkan.
Sekadar berkongsi ilmu, ramai juga yang meninggalkan respon di ruangan komen menyokong hal yang diperkatakan oleh bekas ketua polis negara itu serta mendoakan agar segala hal dipermudahkan buat jejaka tersebut sekeluarga.
Kredit: MediaMuliaTV