Afifah Nasir terima banyak ‘job’ komedi “Saya tak boleh tengok muka Jep”

PERNAH diundang sebagai artis jemputan dalam program Sepahtu Renioun Live, pelakon Afifah Nasir berkata ramai peminat mula melihat karakter lucu dalam dirinya.

Gara-gara itu, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir, 30, berkata dia menerima banyak tawaran membintangi watak komedi dalam drama.

“Sebenarnya daripada awal tahun lagi Afifah banyak luangkan masa di set penggambaran, selalu berjumpa dengan orang yang kelakar dan banyak dapat tawaran cerita komedi jadi seronok juga berkerjasama dengan pelawak ni.

“Ramai juga yang cakap mereka suka tengok Afifah dekat set Sepahtu Renioun, lagipun saya memang suka sertai mereka sebab kelakar… tambahan pula dengan abang Jep sangat kelakar, mereka tu dah macam abang saya sebab setiap musim akan sertaikan,” kata Afifah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Paling lewat tahun depan naik pelamin – Afifah Nasir

Walaupun belum memutuskan sebarang tarikh, pelakon, Afifah Nasir, 29, memaklumkan, dia sudah bersedia menamatkan zaman gadisnya dengan jejaka pilihan hati.

Menurut Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Md. Nasir, terlalu awal untuk dia mendedahkan tarikh pernikahan mereka kerana perkara tersebut masih dalam perancangan.

Ikutkan hati, dia ingin menyegerakan majlis pernikahan mereka, namun semua itu bergantung kepada komitmen kerja dan persediaan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kalau boleh mesti nak segera, tetapi kita hanya mampu merancang kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Perancangan untuk perkahwinan memang ada, malah saya sudah membayangkan konsep dan persalinan, tetapi saya sibuk dengan urusan kerja sepanjang tahun ini.

“Kalau bukan tahun ini, insya-Allah tahun depan. Itupun sudah kira tempoh maksimum untuk bernikah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian pengantin Rizman Ruzaini di ibu negara, petang tadi.

Ditebak individu yang bakal menjadi pasangan hidupnya, Afifah enggan berkongsi lanjut kerana bimbang kekasih hatinya itu tidak selesa, apatah lagi jejaka tersebur tidak terbabit dalam bidang seni.

AFIFAH Nasir pada Majlis Pelancaran RR Bridal 2023 di Rizman Ruzaini Couture, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. FOTO/AFIQ RAZALI

Pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu bagaimanapun, akan memaklumkan tarikh hari bahagianya apabila tiba masanya kelak.

“Saya tidak mahu cerita banyak kerana kekasih saya itu sangat berahsia. Saya takut dia tidak selesa.

“Dia sedar apabila menjalin percintaan dengan selebriti, sudah tentu sedikit sebanyak akan terkena tempias populariti,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Afifah berkata, dia sudah lama mengimpikan untuk naik pelamin selepas melihat adik-beradiknya mendirikan rumah tangga.

Katanya, perasaan untuk berkahwin lebih membuak-buak apabila melihat kakaknya dapat meluangkan masa bercuti bersama suami.

“Masa sahaja belum izinkan sebab saya dan pasangan mahu pas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *