“Putera Pertama Syafiq” Datin Patimah Kongsi Nama Cucu, Memang Simple Tapi Penuh Makna

Datin Patimah, isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam berkongsi momen sekitar majlis akikah cucunya yang kini berusia 3 bulan menerusi laman media sosial.

Majlis akikah anak kepada Mohd Syafiq diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat handai.

Datin turut berkongsi video di majlis akikah dan turut mendedahkan nama cucu kesayanganya itu iaitu Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq.

Syafiq, isteri serta anak-anak memeilih busana rona putih di majlis akikah yang melambangkan putih suci.

Baby Nu’Aiman merupakan anak lelaki pertama Muhamad Syafiq dan isteri. Sebelum ini mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Rata-rata warga maya mendoakan kebaikan buat baby Nu’Aiman sekeluarga. Nama Nu’Aiman diambil sempena dengan nama sahabat nabi.

Kredit: Dpatimah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *