Pelakon Azhar Sulaiman merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan. Tapi, dengar cerita Mami Azhar tengah cari seseorang, kenapa eh?
Baru-baru ini, Azhar telah memuat naik satu screenshot memaparkan seorang netizen meninggalkan komen berbaur lucah mengenai anaknya, Leona di TikTok.
Pelakon berusia 51 tahun itu memuat naik screenshot berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.

Dalam pada masa yang sama, Azhar juga turut mendedahkan wajah si pelaku dan memberitahu tindakan lelaki tersebut dianggap melampau.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet turut memberi pendapat yang sama menyatakan tindakan lelaki itu adalah biadap. Malah, ada juga yang berasa kesal kerana sikapnya meskipun telah mempunyai isteri.
Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata-katanya terhadap anak gadis Azhar Sulaiman. Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.
Anak gadis pelakon terkenal Azhar Sulaiman sekali lagi mengundang kontroversi apabila memakai gaun panjang menunjukkan bahagian dadanya.
Menerusi satu hantaran video dibuat rakan Kasih Iris Leona, mereka berdua dilihat melakukan transisi penukaran baju daripada baju tidur ke dress.
Namun, pakaian yang dikenakan Leona mengejutkan netizen apabila ianya terdedah di bahagian dada. Di ruangan komen, orang ramai segera ‘tag’ akaun TikTok Azhar Sulaiman mengadu mengenai hal itu.
Ada segelintir netizen berpendapat Leona tak pernah serik dikecam dan tak mengambil serius teguran ramai.
@mariancarmelo Summer Ball with @Leona ???? ????????
Kredit: Azhar Sulaiman | Facebook