Opai Masuk Hospital, Fatin Afeefa Dedah Geng Mana Yg Pukul Suami Dia

Sebelum ini, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang dikatakan merendah-rendahkan pemilik kenderaan bukan supercar dengan menggelarnya sebagai najis.

Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai bagaimanapun menafikan dia cuba menghina sebaliknya bergurau dan ditujukan kepada rakan-rakannya yang hadir ke acara pertunjukan kereta di Bukit Bintang waktu itu.

Terbaru, isterinya Fatin Afeefa menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi video menunjukkan suaminya berada di hospital. Afeefa secara ringkas menulis, suaminya kena pukul dengan geng Honda.

Namun tak dapat dipastikan kesahihan informasi tersebut sama ada benar ataupun hanyalah berjenaka.

Dalam perkembangan lain, suami kepada pelakon ini didakwa menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewah McLarennya.

Susulan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik sebenar tampil membuat laporan polis.

Kredit: Instagram Fatin Afeefa | Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *